Blackout merupakan mod pertempuran royale buat Call Of Duty: Black Ops 4 yang diumumkan oleh Activision sebelum ini.

Terkini, Treyarch iaitu pembangun permainan tersebut menyatakan bahawa mod tersebut akan menyertakan 80 pemain serentak, tidak seperti permainan pertempuran royale lain seperti PUBG atau Fortnite yang menyertarkan 100 pemain serentak.

Bagi anda yang baru dengan bentuk pertempuran royale, ianya merupakan mod permainan yang dipopularkan oleh PUBG dimana ia meletakkan pemain-pemain dikawasan yang luas dan mereka perlu bertempur sehingga menjadi pemain terakhir untuk menjuarainya.

Menariknya, menurut laporan Forbes, mod pertempuran royale Blackout tersebut juga akan mempunyai sebilangan musuh lain seperti zombi-zombi di kawasan peta permainan tersebut. Sekaligus ianya pasti akan memberi cabaran yang lebih buat pemain.

Namun buat masa ini, Activision masih belum berkongsi sebarang paparan skrin ataupun video buat mod Blackout tersebut. Namun, bagi anda yang berminat untuk mencuba, Activision sebelum ini menyatakan beta buat mod tersebut akan bermula pada 10 September ini.

Seperti biasa, sebarang infomarsi lanjut berkenaan mod tersebut, kami akan kongsikannya setalah Activision berkongsi sebarang informasi lanjut.

Call Of Duty: Black Ops 4 merupakan siri seterusnya untuk Call Of Duty bagi tahun ini. Permainan ini memfokuskan bentuk permainan penembak pandang pertama dan kali ini, Call Of Duty: Black Ops 4 tidak mempunyai sebarang mod penceritaan solo dimana ianya akan memfokuskan bentuk multi-pemain. Call Of Duty: Black Ops 4 dirancang untuk dilancarkan pada 12 Oktober ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini