Informasi Permainan Video Terkini
Mod Rompakan “High Stakes” Bakal Tiba Di Fortnite Esok

Mod Rompakan “High Stakes” Bakal Tiba Di Fortnite Esok

Diterbitkan pada Sep 5, 2018 oleh .

Epic Games hari ini mengumumkan bahawa merekan melancarkan mod terbaru buat permainan pertempuran royale terkenal mereka, Fortnite iaitu mod High Stakes sebagai acara masa terhad 6 September, esok pada jam 4 petang.

Melalui mod tersebut, pemain akan merompak permata-permata yang berada di kawasan permainan tersebut dan membawanya ke kenderaan van pelarian pemain.

Seperti biasa, melalui mod tersebut, Epic Games akan melancarkan pelbagai jenis barangan kosmetik seperti kostum, senjata dan sebagainya yang pemain boleh nyah-kunci dengan pelbagai cabaran baru.

Seperti acara Thanos sebelum ini, mod ini akan tiba dalam masa terhad sahaja. Namun Epic Games masih belum mengumumkan sebarang informasi berkenaannya termasuklah sebarang paparan bagi bentuk permainan tersebut.

Kami pastinya akan berkongsi sebarang informasi lanjut setelah Epic Games mengumumkannya kelak.


TIPS & ULASAN