Informasi Permainan Video Terkini
Final Fantasy XV: Pocket Edition HD Tertiris Bakal Tiba Di Playstation 4

Final Fantasy XV: Pocket Edition HD Tertiris Bakal Tiba Di Playstation 4

Diterbitkan pada Sep 5, 2018 oleh .

Sebelum ini, Square-Enix melancarkan Final Fantasy XV: Pocket Edition di peranti telefon pintar dan juga PC. Permainan tersebut merupakan permainan Final Fantasy XV yang dibangunkan dan diringkaskan bentuk permainannya dengan sokongan kawalan secara skrin sesentuh.

Kini, tampaknya permainan tersebut juga bakal tiba di Playstation 4 melalui laporan Gematsu dimana permainan tersebut kelihatan berada di pautan PSN Store sebagai senarai permainan baru.

Buat masa ini Square-Enix masih belum mengumumkan sebarang pengumuman buat permainan tersebut akan tiba di konsol. Seperti biasa, kami akan kongsikannya jika terdapat sebarang pengumuman oleh mereka.


TIPS & ULASAN