Skip to main content

Rainway merupakan aplikasi penstriman yang ingin membawa permainan PC ke peranti mudah alih. Sebelum ini mereka memperlihatkan demo bagaimana permainan Cuphead dari PC dimainkan di Switch.

Pada Februari lepas pembangun melancarkan beta terbuka untuk aplikasi ini akan tetapi terhad kepada penstriman di antara PC ke pelayar web sahaja. Selepas menerima liputan mengenai versi Switch, minggu ini mereka mengumumkan yang aplikasi ini untuk Switch tidak di dalam pembangunan.

Tambah mereka, setakat ini aplikasi tersebut sedang dibangunkan untuk Xbox One dan Android sahaja. Ini satu berita yang agak mengecewakan terutama mereka mengumumkan aplikasi ini dengan memperlihatkan demo menggunakan Switch.

Menurut mereka, ia tidak di dalam pembangunan adalah disebabkan tidak menerima kelulusan dari Nintendo dan mereka kini sedang mencuba untuk mendapatkannya.

Leave a Reply