Informasi Permainan Video Terkini
Beta Terbuka Battlefield V Bermula 6 September Ini – Boleh Dimuat-Turun Sekarang
PC

Beta Terbuka Battlefield V Bermula 6 September Ini – Boleh Dimuat-Turun Sekarang

Diterbitkan pada Sep 4, 2018 oleh .

Bagi anda yang ingin mencuba permainan perang akan datang, Battlefield V sebelum ianya dilancarkan November ini, beta terbuka buat permainan tersebut bakal bermula pada 6 September ini dimana permainannya kini boleh dimuat-turun.

Menariknya, bagi anda yang mempunyai akses Origin Access Premier ataupun membuat pra-tempahan buat permainan tersebut, anda boleh bermainnya dua hari lebih awal iaitu pada 4 September ini.

Namun bagi pemain lain, beta terbuka permainan tersebut hanya boleh di akses bermula 6 hingga 12 September. Untuk pemain konsol Playstation 4, anda tidak memerlukan Playstation Plus untuk bermainnya, namun buat Xbox One, anda masih memerlukan Xbox Live Gold.

Melalui beta terbuka tersebut, pemain berupaya untuk mencuba sebilangan bentuk mod multi-pemain bagi permainan tersebut seperti mod Conquest, Grand Operatioons dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, anda boleh ke pautan dibawah untuk memuat-turun mengikut platform pilihan anda.

Muat-Turun PC: Beta Battlefield V

Muat-Turun PS4: Beta Battlefield V

Muat-Turun Xbox One : Beta Battlefield V


TIPS & ULASAN