Informasi Permainan Video Terkini
Watak Shoot Style Deku Diumumkan Sebagai DLC Percuma Buat My Hero One’s Justice

Watak Shoot Style Deku Diumumkan Sebagai DLC Percuma Buat My Hero One’s Justice

Diterbitkan pada Sep 4, 2018 oleh .

My Hero One’s Justice iaitu permainan perlawanan berdasarkan siri anime terkenal, iaitu My Hero Academia akan dilancarkan pada 26 Oktober ini oleh Bandai Namco.

Ianya merupakan permainan yang mempunyai pelbagai watak memandangkan ianya meletakkan di dalam penceritaan yang mana dunia dipenuhi adiwira dan penjahat.

Terkini, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan watak Shoot Style Deku, iaitu bentuk kostum seterusnya buat Izuku Midoriya (Deku) yang dipertontonkan ketika musim ketiga anime tersebut.

Melaluinya, Shoot Style Deku memfokuskan bentuk pertempuran secara tendangan berbanding sebelum ini dimana Deku lebih memfokuskan bentuk serangan secara tumbukan. Sememangnya ianya merupakan watak yang sama seperti Deku yang tersedia ada di dalam permainan tersebut, namun melalui versi ini, Deku akan mempunyai bentuk perlawanan yang berbeza termasuklah serangan kombinasi yang berlainan.

Menariknya juga, Bandai Namco juga menyatakan bahawa DLC watak tersebut akan dilancarkan secara percuma setelah permainan tersebut dilancarkan Oktober kelak.

My Hero One’s Justice dirancang untuk dilancarkan pada 26 Oktober 2018 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.


TIPS & ULASAN