Informasi Permainan Video Terkini
Insomniac Games Memperlihatkan Watak Black Cat Buat DLC Marvel’s Spider-Man: The Heist

Insomniac Games Memperlihatkan Watak Black Cat Buat DLC Marvel’s Spider-Man: The Heist

Diterbitkan pada Sep 4, 2018 oleh .

Sebelum ini, kami melaporkan bahawa Sony akan melancarkan tiga DLC pernambahan baru khas buat permainan Marvel’s Spider-Man yang mana salah satunya merupakan DLC The Heist, yang memfokuskan watak Black Cat.

Terkini, Insomniac Games, pembangun permainan tersebut berkongsi satu video acah khas yang mana mereka memperlihatkan watak Black Cat tersebut.

DLC pertama buat DLC Marvel’s Spider-Man: The City That Never Sleeps, iaitu The Heist akan dilancarkan pada 23 Oktober ini buat mereka yang membeli pas musim permainan tersebut. Namun menurut Sony, ianya juga akan dilancarkan secara berasingan.

Melaluinya, pemain akan mengembara di kawasan bandaraya New York untuk mencari petunjuk yang ditinggalkan oleh Black Cat. DLC tersebut juga akan menyertakan misi dan cabaran baru buat pemain bersama-sama dengan 3 kostum baru yang boleh dinyah-kunci oleh pemain.

Marvel’s Spider-man akan dilancarkan pada 7 September ini secara esklusif buat konsol Playstation 4. Nantikan ulasan kami buat permainan tersebut dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN