Informasi Permainan Video Terkini
Suda51 Berminat Untuk Menghasilkan No More Heroes 3 Selepas Travis Strike Again: No More Heroes

Suda51 Berminat Untuk Menghasilkan No More Heroes 3 Selepas Travis Strike Again: No More Heroes

Diterbitkan pada Sep 4, 2018 oleh .

Seperti yang kami laporkan sebelum, Travis Strike Again: No More Heroes akan dilancarkan pada awal tahun depan dimana ianya merupakan permainan seterusnya oleh Suda51.

No More Heroes, iaitu permainan aksi pengembaraan yang dilancarkan di Nintendo Wii sebelum ini merupakan salah satu permainan yang mendapat ikutan ramai kerana bentuk permainan dan penceritaannya yang lucu.

Kini, melalui temu bual oleh GameInfromer, Goichi Suda, ataupun Suda51 iaitu pengarah buat permainan tersebut berkongsi sebilangan pendapat dan matlamat beliau buat siri No More Heroes.

Melalui temu bual tersebut, Suda51 menyatakan sememangnya permainan Travis Strike Again: No More Heroes bukanlah permainan seterusnya buat siri No More Heroes, namun ianya terletak di dalam satu alam yang sama.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau berminat untuk menghasilkan permainan yang lebih kecil dahulu seperti satu permainan Indie dimana ketika beliau berada di studio pembangun, beliau dapat melihat keseluruh pembangun berada di dalam bilik yang sama. Ini bermakna permainan yang beliau ingin bangunkan sekarang adalah permainan yang tidak memerlukan pembangun yang ramai.

Menariknya, GameInformer juga bertanya berkenaan No More Heroes 3 dan beliau menyatakan beliau sangat berminat untuk menghasilkannya. Namun, beliau menyatakan ianya sememangnya sesuatu yang beliau akan fikirkan apabila selesai melancarkan Travis Strike Again: No More Heroes.

Selain itu, Suda51 juga menyatakan bahawa sebelum ini, Nintendo juga pernah bertemu dengan beliau untuk membawa kembali Travis sebelum pelancaran Nintendo Switch tahun lepas. Namun, setelah beliau melihat Switch tersebut, beliau terus berminat untukn menghasilkan satu permainan yang mempunyai bentuk multi-pemain secara koperasi.

Ini merupakan satu berita yang sangat menarik dan buat mereka yang meminati siri No More Heroes seperti saya sendiri, berpeluang untuk kembali di dalam dunia No More Heroes semestinya sangat menarik terutamanya melihat gelagat Travis yang pasti akan membuat ianya menggelikan hati anda.

Travis Strikes Again: No More Heroes merupakan permainan seterusnya oleh Grasshopper Manufacture dan ianya akan dilancarkan pada 18 Januari 2019 ini khas di konsol Switch.


TIPS & ULASAN