Skip to main content

Dengan kejayaan permainan pernambah-baikkan Windjammers iaitu permainan perlawanan frisbee yang mana sebelum ini dilancarkan di pelbagai konsol, kini DotEmu mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sekuel kepada permainan tersebut, iaitu Windjammers 2.

DotEmu iaitu salah satu pengeluar permainan yang mana juga sebelum ini mengumumkan Streets Of Rage 4 menyatakan melalui laporan Polygon bahawa seperti siri Streets Of Rage, mereka akan membawa semula siri Windjammers buat pemain generasi kini.

Buat masa ini, tarikh pelancaran permainan tersebut masih belum dikongsikan. Namun menurut DotEmu, ianya akan tiba di konsol Switch dan juga PC pada 2019 ini. Namun, bagi anda yang tidak sabar, Windjammers pertama akan dilancarkan di Switch pada tahun ini.

Leave a Reply