Informasi Permainan Video Terkini
Kejohanan Gran Turismo Sport Toyota Velocity Bakal Berlangsung Bulan Ini Di Sunway Pyramid

Kejohanan Gran Turismo Sport Toyota Velocity Bakal Berlangsung Bulan Ini Di Sunway Pyramid

Diterbitkan pada Sep 3, 2018 oleh .

Toyota Malaysia minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan kejohanan permainan perlumbaan Gran Turismo Sport iaitu Toyota Velocity Esports Championship pada 21 sehingga 23 September ini di Sunway Pyramid, Subang Jaya, Malaysia.

Dengan jumlah wang terkumpul sebanyak RM60,000, kejohanan tersebut akan memfokuskan pemain untuk berlumba dengan kenderaan Toyoto GR Supra Racing Concept di litar Suzuka, Jepun.

Melaluinya, pemain akan berlumba secara ujian masa sepanjang dua hari kejohanan tersebut dimana 20 pemain terpantas akan berpeluang untuk berlumba ke pusingan seterusnya dengan hanya 5 pemain sahaja yang akan berpeluang untuk ke pusingan akhir pada hari terakhir.

Bagi anda yang berminat untuk menyertainya, anda boleh ke laman rasmi Toyota Velocity dan membuat pendaftaran buat kejohanan tersebut.

Daftar: Toyota Velocity Esports Championship


TIPS & ULASAN