Bulan lepas, Square-Enix mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan The World Ends With You: Final Remix dimana ianya bakal tiba pada 12 Oktober Ini di konsol Switch. Permainan tersebut merupakan permainan pernambah-baikkan yang asalnya dilancarkan di Nintendo DS lebih dari 10 tahun lepas.
Kini, dengan pelancaran yang semakin hampir, Square-Enix berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut bersama-sama kandungan dan watak baru yang bakal tiba sempena pelancaran versi pernambah-baikkannya.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum, Square-Enix akan menyertakan sebilangan kandungan baru khas buat The World Ends With You: Final Remix yang mana antaranya adalah mod penceritaan baru bersama watak baru.
Mod penceritaan baru tersebut bernama A New Day dimana melaluinya, Square-Enix memperkenalkan watak baru bernama Coco. Coco merupakan malaikat maut yang berfesyenkan Harajuku dari Jepun. Melaluinya pemain akan mengembara mod penceritaan yang dipanggil Hard Mode, dan pemain perlu melarikan diri dari Shibuya dalam masa 24 jam.
Dari segi maklumat terperinci berkenaan penceritaan tersebut, Square-Enix tidak mengumumkan sebarang informasi tambahan. Namun berdasarkan apa yang diperlihatkan, kami berasa ianya diletakkan selepas penceritaan utama permainan tersebut.
Selain daripada itu, melalui mod penceritaan terbaru tersebut juga, Square-Enix juga menyertakan pelbagai musuh baru yang dipanggil Noise, dengan rekaan berbeza dengan Noise sebelum ini.
Bagi anda yang pernah bermain The World Ends With You sebelum ini, anda pasti akan menyukai permainan versi Switch dimana Square-Enix juga menyertakan senjata Pin baru buat Neku iaitu Tyrant Rakshasa dan Witchcraft yang memberi bentuk serangan baru buat Neku.
Antara buat apa yang kami sangat menyukai The World Ends With You sebelum ini juga adalah bentuk pertempurannya yang sangat unik dengan menggunakan dua skrin di Nintendo DS. Kini, untuk memudahkan anda mengawal Neku dan juga watak peneman seperti Shiki, Square-Enix juga menyertakan mod permainan secara multi-pemain koperasi.
Melaluinya, pemain berupaya untuk bermain dengan rakan atau ahli keluarga pemain untuk mengawal watak peneman Neku dan mengalahkan musuh dengan hasil serangan yang lebih kuat.
Mod Pin Slammer iaitu salah satu mini permainan buat The World Ends With You juga kembali buat versi Final Remix ini.
Jangan lepaskan peluang anda untuk kembali ke bandaraya Shibuya bersama-sama Neku di dalam permainan The Worlds Ends With You: Final Remix pada Oktober ini.