Informasi Permainan Video Terkini
RPG Maker MV Versi Konsol Bakal Tiba Februari 2019 Ini

RPG Maker MV Versi Konsol Bakal Tiba Februari 2019 Ini

Diterbitkan pada Sep 3, 2018 oleh .

Sebelum ini, NIS America mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan RPG Maker MV buat konsol pada tahun 2019 kelak dan kini, tarikh pelancaran buat permainan tersebut akhirnya diumumkan iaitu pada 26 Februari 2019 ini.

RPG Maker MV merupakan satu perisian bentuk permainan khas yang membolehkan pemain untuk menghasilkan permainan RPG (Role Playing Game) tersendiri. Melaluinya, pemain berupaya untuk menghasilkan permainan tersendiri seperti menetapkan penceritaan, bentuk permainan dan juga visual grafik termasuklah watak-watak permainan.

Selain itu, NIS America juga mengumumkan bahawa mereka akan melancar edisi terhad yang mana ia akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan seperti cakera muzik latar, buku log dan kotak rekaan khas. Bagi anda yang berminat, anda boleh pra-tempahnya melalui laman rasmi NIS America.

RPG Maker MV telahpun dilancarkan di PC melalui Steam. Manakala versi konsol Playstation 4, Xbox One dan juga Switch ianya bakal tiba Februari kelak.


TIPS & ULASAN