Minggu ini SEGA mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan semula permainan Valkyria Chronicles buat konsol Switch pada Oktober ini.
Namun menurut SEGA, versi Switch buat permainan ini bukanlah versi yang dipernambah-baikkan seperti versi konsol Playstation 4 sebelum ini. Namun, pihak SEGA tidak berkongsi sebarang informasi berkenaan permainan tersebut.
Sebelum ini, SEGA juga mengumumkan Valkyria Chronicles 4 yang mana juga merupakan siri ke-empat buat permainan tersebut bakal tiba bulan ini.
Valkyria Chronicles merupakan permainan taktikal RPG yang memfokuskan bentuk pertempuran secara turutan berstrategi. Permainan ini memfokuskan tema perang dunia kedua dimana pemain akan mengawal pelbagai bentuk askar bersama-sama kenderaan perang seperti kereta kebal dan sebagainya.
Ia asalnya dilancarkan di Playstation 3 dan PC beberapa tahun lepas dan pada 2016 lepas, permainan ini menerima bentuk pernambah-baikkan di Playstation 4 dan kini, versi Switch juga bakal tiba pada 16 Oktober ini.