Rayman Akan Hadir Sebagai Watak Dalam Permainan Brawlhalla

Brawlhalla merupakan permainan pertempuran platfrom yang dibangunkan oleh Blue Mammoth Games yang baru sahaja diambil alih oleh Ubisoft pada bulan Mac lepas. Brawlhalla adalah permainan percuma untuk dimuat turun akan tetapi mempunyai kandungan yang terhad.

Melalui kuciran di akaun Twitter rasmi permainan tersebut, watak Rayman bakal hadir ke dalam permainan tersebut pada 6 November ini.

Bagi yang memuat turun permainan ini secara percuma anda akan dapat menggunakan 6 watak yang ditukar secara rawak setiap minggu. Anda boleh menyiah-kunci watak menggunakan Gold yang diperoleh selepas bermain.

Rayman akan menyertai 41 watak lain dan merupakan watak pertama berdasarkan permainan lain. Selepas Rayman, mungkin Brawlhalla akan menerima lebih ramai watak dari siri permainan Ubisoft.

Brawlhalla kini boleh dimuat turun untuk PC dan PlayStation 4.

Sohor Kini