Grasshopper Manufacture hari ini mengumumkan bahawa permainan Travis Strikes Again: No More Heroes akan dilancarkan pada 18 Januari 2019 ini khas di konsol Switch.
Travis Strikes Again: No More Heroes merupakan salah satu permainan yang diumumkan ketika Nintendo Direct tahun lepas dimana ianya merupakan yang bertempatkan di dalam dunia No More Heroes yang dilancarkan sebelum di konsol Nintendo Wii.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini memfokuskan watak Travis Touchdown bersama Bad Man dimana mereka dihisap di dalam dunia konsol permainan Death Drive MK-11.
Selain itu, Gamespot juga berkongsi bentuk permainan buat permainant ersebut yang mana ia memfokuskan bentuk secara multi-pemain secara koperasi.
Melalui video yang dipertonton, permainan ini tidak mempunyai bentuk permainan seperti permainan No More Heroes asal, malah ianya kelihatan lebih memfokuskan bentuk pengembaraan aksi serangan jarak dekat dengan menggunakan senjata pedang Beam Katana ikonik Travis. Ianya kelihatan seakan permainan Furi yang memfokuskan pandangan kamera dari atas.
Video tersebut juga memperlihatkan bentuk penyimpanan permainan yang mana watak permainan tersebut akan ke tandas dan membuang air besar, iaitu seperti jenaka asal buat siri No More Heroes yang pastinya buat peminat mengenang kembali ketika bermain permainan asal No More Heroes.
Buat mereka yang pernah bermain siri No More Heroes, pastinya tidak sabar untuk mengembara bersama Travis Touchdown sekali lagi di dalam Travis Strikes Again: No More Heroes. Nantikan permainan ini secara esklusif di konsol Switch menjelang Januari tahun hadapan.