Sudah pastinya sebuah permainan yang bervisual tinggi dan bentuk dunia terbuka memerlukan mod foto untuk pemain yang suka mengambil gambar pemandangan mahupun watak permainan melaluinya.

Terkini, Insomniac Games berkongsi mod foto buat permainan Marvel’s Spider-Man yang bakal tiba minggu hadapan dengan pelbagai pengubah-suaian yang disertakan bersama.

Melalui video acah di atas, Insomniac Games memperlihatkan mod foto yang bakal tiba buat permainan Marvel’s Spider-Man yang mana ia merupakan salah satu kemaskini hari pertama pelancaran permainan tersebut.

Melaluinya, pemain berupaya untuk mengambil pelbagai bentuk foto termasuklah menetapkan pelbagai jenis penuras bersama-sama pelekat yang pasti membuat peminat komik Spider-Man menyukainya. Bukan sahaja pemain boleh menghasilkan satu gambar seakan seperti buku komik seperti efek berkataan ataupun efek pergerakkan, malah pemain diberi tetapan bingkai yang membenarkan ianya kelihatan seolah muka depan majalah ataupun komik.

Marvel’s Spider-man akan dilancarkan pada 7 September ini secara esklusif buat konsol Playstation 4. Bagi anda yang berminat untuk membaca dan menonton pandang pertama kami berkenaan permainan tersebut, anda boleh ke pautan dibawah.

Sohor Kini