Informasi Permainan Video Terkini
Square Enix Mengumumkan Kerjasama Strategik Bersama Tencent

Square Enix Mengumumkan Kerjasama Strategik Bersama Tencent

Diterbitkan pada Ogos 30, 2018 oleh .

Square Enix Hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama Tencent, dimana kedua-dua syarikat akan berkongsi kepakaran dan kandungan untuk para peminat seluruh dunia.

Melalui kerjasama ini, mereka dijangka akan membangunkan bersama beberapa permainan AAA yang berasaskan IP baru, selain melesenkan IP sedia ada antara satu sama lain.

Seperti ramai sedia maklum, jenama Square Enix sedia popular, dan dengan kerjasama ini ia akan memudahkan mereka menembusi pasaran China. Selain mungkin turut menerima akses kepada kepakaran pihak Tencent dalam arena permua.

Untuk Tencent pula, mereka akan terus mengukuhkan kedudukan dalam arena permainan video. Mereka sedia mempunyai lesen, kerjasama dan pegangan dalam beberapa penerbit permainan terkemuka – dan kerjasama ini akan melanjutkan lagi perkara berkenaan.


TIPS & ULASAN