Informasi Permainan Video Terkini
Buku Audio God of War Akan Disuarakan Oleh Pelakon Suara Mimir

Buku Audio God of War Akan Disuarakan Oleh Pelakon Suara Mimir

Diterbitkan pada Ogos 30, 2018 oleh .

God of War setakat ini merupakan permainan terbaik yang dikeluarkan pada tahun ini. Ia juga merupakan antara permainan paling berjaya yang dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStation 4.

Jika sebelum ini ura-ura mengenai siri Netflix berdasarkan permainan ini telah disahkan tidak benar akan tetapi penceritaan God of War kini akan dikeluarkan dalam bentuk novel.

Menariknya, novel tersebut akan ditulis oleh ayah pengarah God of War Cory Barlog iaitu J.M. Barlog. Selain itu, novel ini juga akan dikeluarkan dalam bentuk buku audio dan mengikut pengumuman oleh Cory Barlog, buku audio tersebut akan disuarakan oleh pelakon suara Mimir iaitu Alastair Duncan.

Kami sudah semestinya tidak sabar untuk mengalami penceritaan God of War dalam bentuk yang lain terutama buku audio kerana Mimir adalah antara watak di dalam God of War yang mempunyai suara paling menarik.


TIPS & ULASAN