Detroit: Become Human merupakan permainan terbaru oleh Quantic Dream yang dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStation 4 pada 25 Mei lepas. Permainan ini dalam masa yang pendek menjadi antara permainan paling berjaya mereka dari segi jualan.

Keunikan permainan ini adalah ia mempunyai cabang penceritaan yang berbeza bergantung kepada kelakuan dan juga keputusan yang dilakukan oleh pemain. Melalui kuciran di akaun Twitter, David Cage berkongsi struktur penceritaan yang digunakan untuk permainan ini.

Berdasarkan struktur inilah penulis, pengatur cara, penguji dan juga pelakon menghasilkan penceritaan permainan ini. Kerumitan penceritaan Detroit sudah semestinya dapat dilihat melalui struktur ini.

Kami sudah 4 kali mengulangi bermain permainan ini, namun masih ada adegan-adegan yang kami terlepas dan hanya mengetahuinya apabila melihat orang lain yang bermain. Untuk ulasan penuh permainan ini anda boleh membacanya menggunakan pautan di bawah.

Ulasan Detroit: Become Human – Permainan Berjiwa Yang Ringkas

Sohor Kini