Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Playstation Plus Bulan September 2018 Diumumkan – Destiny 2 Dan God Of War III Remastered Disertakan

Permainan Percuma Playstation Plus Bulan September 2018 Diumumkan – Destiny 2 Dan God Of War III Remastered Disertakan

Diterbitkan pada Ogos 30, 2018 oleh .

Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan September 2018 ini. Menariknya, kali ini Sony menyertakan sebanyak lima permainan dan salah satu daripada sudah pun boleh dimuat-turun hari ini.

Bermula hari ini, permainan Destiny 2 kini boleh dimuat-turun secara percuma melalui Playstation Store buat pelanggan Playstation Plus. Untuk memuat-turunnya, anda boleh ke pautan dibawah.

Selain itu, bermula 6 September sehingga 3 Oktober 2018 ini, Sony juga akan menyertakan empat lagi permainan lain iaitu:

  • God Of War III Remastered (PS4)
  • Zero Escape: Zero Time Dilemma (PSVita)
  • Soul Calibur V (PS3)
  • Another World – 20th Anniversary Edition (PS3)

Tambahan juga, Sony juga akan menyertakan tema khas Totoro buat pengguna Playstation 4 bersama-sama dengan aplikasi muzikal khas buat siri permainan Xenogears.

Namun, senarai ini agak tidak menarik memandangkan sebelum ini, Sony juga pernah menyertakan God Of War III Remastered pada Januari 2017 lepas. Bagi sesiapa yang terlepas dengan tawaran tersebut, anda kini berpeluang untuk memuat-turunnya sekali lagi secara percuma.

Bagi anda yang mempunyai langganan PlayStation Plus, anda boleh memuat-turun permainan ini bermula daripada 6 September sehingga 3 Oktober manakala bagi permainan Destiny 2, ianya percuma bermula hari ini. Bagi mereka yang masih belum memuat-turun permainan percuma untuk bulan Ogos, anda masih boleh membuat sedemikian sehingga 5 September ini.

Muat-Turun: Permainan Percuma Playstation Plus


TIPS & ULASAN