Nintendo merupakan satu syarikat permainan video yang sudah semestinya tidak asing lagi. Namun, mereka masih baru dalam industri permainan mudah alih. Sekarang ini, mereka hanya memiliki 3 permua iaitu Super Marion Run, Fire Emblem Heroes, dan Animal Crossing serta permua berdasarkan Pokemon.

Minggu ini, Nintendo mengumumkan permua terbaru mereka iaitu Dragalia Lost akan tiba untuk iOS dan Android pada 27 September 2018. Dragalia Lost adalah permua aksi-RPG yang mempunyai elemen permainan gacha dan dibangunkan dengan kerjasama bersama Cygames.

Melalui Direct khas untuk permua ini, Nintendo memperlihatkan pelbagai bentuk permainan seperti pertempuran, peningkatan tahap dan juga bagaimana sistem summon berfungsi. Menariknya, permainan ini juga boleh dimainkan secara multi-pemain sehingga 4 orang.

Dragalia Lost akan dikeluarkan pada 27 September 2018 untuk iOS dan Android secara percuma dan mempunyai pembelian di dalam aplikasi akan tetapi setakat ini terhad untuk Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan, Hong Kong dan Macau. Negara-negara lain termasuk Malaysia mungkin akan tiba kemudian.

Sohor Kini