Bagi anda yang mengikuti perkembangan siri permainan Chrono oleh Square-Enix, anda pasti mengetahui berkenaan permainan Chrono Break, iaitu permainan yang tidak dilancarkan dan dibatalkan oleh Square-Enix. Permainan tersebut, asalnya merupakan sekuel kepada siri ketiga permainan Chrono selepas Chrono Trigger dan Chrono Cross.
Kini, pencipta buat permainan Owlboy, Simon Stafsnes Andersen melancarkan satu video acah yang memperlihatkan visi beliau buat permainan Chrono Break.
Sememangnya video acah diatas bukanlah permainan yang akan dikeluarkan oleh Square-Enix mahupun ianya adalah sebuah permainan nyata. Video diatas hanyalah satu bentuk rekaan khas sebagai demonstrasi dan hanyalah visi permainan yang dihasilkan oleh Simon ketika masa lapang beliau.
Namun, hasil kualiti yang dipaparkan sememangnya membuat peminat Chrono Trigger seperti kami mengenang kembali apa yang membuat permainan tersebut adalah satu JRPG terbaik di konsol SNES lepas.
Bagi anda yang meminati siri permainan JRPG Chrono, apakah pendapat anda berkenaan video acah di atas? Adakah anda berharap agar Square-Enix membawa kembali siri Chrono ke konsol generasi kini ataupun berharap agar mereka melancarkan versi pernambah-baikkan seperti Chrono Trigger yang dilakukan oleh mereka baru-baru ini?