Siri permainan Yakuza merupakan antara siri permainan yang sangat dikenali ramai dan kini, versi ditambah-baikkan sedang dikeluarkan untuk pelbagai platform.
Minggu ini, melalui penstriman Sega, pengarah permainan Yakuza Toshiro Nagoshi mengatakan mereka kini sedang membangunkan satu permainan baharu.
Menurut beliau, permainan ini adalah sesuatu yang sangat berlainan berbanding Yakuza dan tidak akan dijangkakan oleh pemain. Namun, maklumat lanjut mengenai permainan ini hanya akan dikongsikan pada bulan September. Kemungkinan besar semasa Tokyo Game Show yang akan berlangsung bermula 19 September.