Microsoft hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan berkas konsol Xbox One X bersama dengan permainan Fallout 76 yang mana melaluinya, mereka akan menyertakan rekaan konsol tersebut dengan berwarna putih.
Sebelum ini, konsol Xbox One X mempunyai rekaan berwarna hitam dan berkas ini akan menyertakan konsol Xbox One X berwarna putih, permainan Fallout 76 dan alat kawalan Xbox One juga berwarna putih.
Menurut Microsoft, ianya akan dilancarkan pada 17 November ini dengan harga $499(~RM2060).
Selain itu, MIcrosoft juga mengumumkan fon kepala Turtle Beach Elite Pro 2 bersama dengan alat kawalan Xbox One Elite yang mana juga mempunyai rekaan berwarna putih akan dilancarkan tidak lama lagi.
Fon kepala Turtle Beach Elite Pro 2 akan disertakan bersama-sama dengan SuperAmp Pro yang mana ia pasti akan melengkapkan koleksi fon kepala buat sesi permainan bagi pemain-pemain diluar sana.
Melaluinya, Microsoft menyatakan bahawa ianya akan dilancarkan pada 16 September ini dengan harga $249.95(~RM1030).
Selain itu, Microsoft juga mengumumkan alat kawalan Xbox One Elite berwarna putih akan dilancarkan pada 16 Oktober ini dengan harga $149.99(~RM619).
Alat kawalan Xbox One Elite merupakan alat kawalan khas yang memberi pelbagai pengumbah-suaian buat pemain seperti butang tambahan di belakang alat kawalan tersebut bersama-sama dengan keupayaan untuk mengubah bentuk Dpad dan ketinggian batang Analog.
Bagi anda pemain konsol Xbox One, set konsol dan alat kawalan berwarna putih pasti akan menjadi satu koleksi yang menarik di atas almari permainan anda.