PSG.LD iaitu pasukan e-sukan Dota 2 baru-baru ini mendapat tempat kedua di dalam kejohanan The International 2018 dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM16 juta.

Salah seorang ahli pasukan PSG.LD adalah xNova ataupun Yap Jian Wei yang berasal dari Malaysia. Dengan kejayaan tersebut sudah semestinya membawa pendapatan yang tinggi untuk beliau. Namun, melalui temubual bersama The Star, beliau mengatakan masih sukar untuk menjadikan e-sukan sebagai satu kerjaya di Malaysia.

Beliau mengatakan ia adalah disebabkan berkurangnya penajaan untuk pasukan tempatan menjadikan pemain-pemain sukar untuk mendapat sebarang pulangan. Disebabkan itu, ramai pemain e-sukan tempatan mencari pasukan luar negara.

Bagaimanapun, beliau memuji kerajaan melibatkan diri di dalam perkembangan e-sukan di Malaysia seperti menganjurkan kejohanan Malaysia Cyber Games.

Pada pendapat kami, hadiah wang tunai dari kejohanan adalah sesuatu yang baik untuk pasukan e-sukan. Namun, ia bukanlah satu sumber kewangan yang tetap. Penajaan memainkan peranan penting bagi memastikan sesuatu pasukan dapat berkembang.

Kami berharap dengan peningkatan penerimaan e-sukan di Malaysia akan mengalakkan lebih banyak syarikat-syarikat tempatan untuk menaja pasukan e-sukan.

Sohor Kini