Tampaknya Capcom kali ini tidak berhenti mengumumkan pelbagai permainan klasik yang bakal dihidupkan semula ke konsol generasi kini.

Hari ini, Capcom mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kembali permainan Onimusha: Warlords di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC pada 15 Januari 2019 ini.

Onimusha: Warlords merupakan permainan pertama buat siri Onimusha yang dilancarkan di konsol Playstation 2 pada 2001 yang lepas. Ia adalah permainan yang memfokuskan era zaman kegemilangan Samurai Jepun dengan pelbagai watak-watak bersejarah ketika era Sengoku.

Kini, dengan versi pernambah-baikkan ini, Capcom menyatakan bahawa mereka akan mengemaskini dengan pelbagai pernaik-tarafan seperti resolusi definisi tinggi, muzik latar yang baru dan juga mod yang lebih senang buat pemain.

Sebagai peminat siri Onimusha, ini sememangnya satu berita yang sangat menarik yang mana pastinya kami juga berharap agar Capcom membawa Onimusha 3: Demon Siege dan Onimusha: Dawn Of Dreams di konsol generasi kini pada masa akan datang.

Sohor Kini