Pada 26 Ogos 2018 telah berlangsung hari ketiga dan terakhir untuk ICBC (Asia) Festival e-Sukan & Muzik Hong Kong. Jika anda belum membaca sekitar untuk hari pertama dan hari kedua, anda boleh lakukannya melalui pautan ini – ICBC (Asia) Festival e-Sukan & Muzik Hong Kong – Hari Pertama dan ICBC (Asia) Festival e-Sukan & Muzik Hong Kong – Hari Kedua.

Pada hari ketiga ini, berlangsungnya pertempuran terakhir untuk dua kejohanan yang bermula pada hari kedua iaitu Hong Kong PUBG World Invitational dan ZOTAC CUP MASTER CS:GO 2018.

Namun, kami juga diberi kesempatan oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) untuk melawat beberapa kawasan menarik di Hong Kong. Antaranya adalah Secret Base.

Hot Toys – Secret Base

Hot Toys merupakan pengeluar figura yang tidak asing bagi pengumpul dan ia adalah syarikat yang berasal dari Hong Kong. Secret Base merupakan antara kedai utama yang menjual barangan mereka dan kami berkesempatan untuk melawatnya.

Bertempat di Mong Kok, Secret Base adalah bagaikan kapal angkasa dari segi rekaan dalaman kedai mereka. Di dalamnya terdapat pelbagai figura daripada pelbagai jenama yang sudah semestinya menjadi idaman untuk pengumpul.

Antara figura yang diperlihatkan adalah watak-watak dari Marvel, DC dan juga Star Wars. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Secret Base dan juga Hot Toys anda boleh layari laman rasmi mereka.

Hong Kong PUBG World Invitational

Seperti yang kami laporkan semasa hari kedua, untuk pusingan 1 hingga 4, Cloud 9 mendahalui dengan 2085 mata. Pada hari ketiga ini mereka meneruskan pertempuran untuk pusingan 5 hingga 8.

Kejohanan ini menampakan Cloud 9 mengekalkan tempat mereka apabila terus berada di tempat pertama selepas berakhirnya pusingan 8. Mereka memenangi dengan mengumpul 3320 mata dan membawa pulang hadiah wang tunai $75 ribu (~RM300 ribu). FaZe Clan berada di tempat kedua dengan mengumpul 2910 mata dan membawa pulang $30 ribu(~RM122 ribu) dan diikuti Team Liquid di tempat ketiga dengan 2730 mata dan membawa pulang $13 ribu(~RM52 ribu).

ZOTAC CUP MASTER CS:GO 2018

Selepas mengalahkan lawan masing-masing di hari kedua Team Kinguin dan MIBR bertemu di peringkat akhir pada hari ketiga. Team Kinguin yang mempunyai perlawanan sengit di peringkat separuh akhir, tampaknya tidak dapat menyekot dominasi MIBR apabila mereka tewas dengan score 3-0.

Selaku juara MIBR membawa pulang hadiah wang tunai $200 ribu(~RM819 ribu) manakala Team Kinguin membawa pulang hadiah wang tunai $60 ribu(~RM245 ribu). Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir iaitu Ghost Gaming dan MVP PK masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai $20 ribu(~RM81 ribu)


Berakhirnya kedua kejohanan menandakan berakhirnya ICBC (Asia) Festival e-Sukan & Muzik Hong Kong. Pada pendapat kami ia merupakan satu festival yang dilakukan dengan sangat berkualiti dan bertaraf dunia.

Berkesempatan ini kami ingin mengucapkan tahniah kepada Team West yang memenangi Return of Legends pada hari pertama, Cloud 9 yang memenangi Hong Kong PUBG World Invitational dan MIBR yang memenangi ZOTAC Cup Master CS:GO 2018.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) yang memberikan peluang kepada kami untuk menghadiri festival ini dan melawat Hong Kong. Jika anda berminat dan dalam perancangan untuk melawat Hong Kong pastikan anda melayari laman Discover Hong Kong.

Sohor Kini