Informasi Permainan Video Terkini
Microsoft Umum Xbox All Access – Servis Langganan Untuk Konsol Xbox One

Microsoft Umum Xbox All Access – Servis Langganan Untuk Konsol Xbox One

Diterbitkan pada Ogos 28, 2018 oleh .

Microsoft hari ini mengumumkan satu servis langganan terbaru mereka iaitu Xbox All Access dimana ianya bukan sahaja menyertakan langganan Xbox Live Gold dan Xbox Game Pass, malah ianya juga akan disertakan konsol Xbox One S atau Xbox One X secara bersama.

Selama 24 bulan (2 Tahun) pelanggan yang melanggan servis ini perlu membayar $21.99(~RM90) sebulan untuk konsol Xbox One S ataupun $34.99(~RM144) untuk Xbox One X.

Melalui servis ini, pemain akan mendapat akses untuk Xbox Live Gold, iaitu servis langganan untuk bermain secara atas-talian di konsol Xbox One. Tambahan juga, Microsoft juga menyertakan akses Xbox Game Pass, iaitu servis langganan untuk bermain permainan keluaran Microsoft seperti Netflix.

Servis ini sememangnya servis seakan bayaran secara ansuran buat konsol tersebut, namun dengan harga serendah itu, Microsoft bukan sahaja menyertakan bayaran ansuran buat konsol sahaja, malah menyertakan servis-servis langganan Xbox yang lain.

Ini merupakan satu tawaran yang menarik dengan harga yang sangat berpatutan. Pemain juga akan mendapat hak milik konsol tersebut secara bersama walaupun telah tamat membayarnya selama tempoh masa dua tahun tersebut.

Dukacitanya, buat masa ini servis langganan ini hanyalah terhad buat pelanggan di Amerika Syarikat ataupun negara yang mempunyai kedai rasmi Microsoft sahaja.

Buat masa ini, servis ini tidak diumumkan buat pasaran Malaysia. Namun jika terdapat sebarang kemaskini oleh Microsoft untuk pasaran Malaysia, kami akan kongsikannya di Aksiz.


TIPS & ULASAN