Skip to main content

Bagi anda yang membesar ketika tahun 90an, permainan Streets Of Rage ataupun Bare Knuckles untuk pasaran Jepun, pastinya bukanlah sesuatu yang asing buat anda di konsol klasik SEGA Genesis atau Mega Drive.

Kini, DotEmu iaitu pengeluar buat permainan Wonder Boy dan Windjammers mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sekuel kepada siri trilogi Streets Of Rage, iaitu Streets Of Rage 4.

Buat masa ini, platform mahupun tarikh pelancaran buat permainan tersebut masih belum diumumkan.

Namun, berdasarkan video acah yang dipertontonkan, Streets Of Rage tampaknya akan mengekalkan bentuk permainan Beat Em Up seperti permainan klasik buat siri tersebut dan menyertakan visual lukisan tangan yang sangat menawan.

Menariknya, menurut DotEmu, visual permainan tersebut dihasilkan oleh pasukan yang sama buat permainan pernambah-baikkan buat Wonder Boy: The Dragon’s Trap. DotEmu juga menyatakan bahawa permainan ini akan menyertakan mekanik permainan baru.

Seperti anda, kami juga tidak sabar untuk bermain permainan ini, namun ketika artikel ini ditulis, tidak banyak informasi yang dikongsikan. Seperti biasa, kami akan mengemaskini sebarang pengumuman yang diumumkan oleh mereka.

Leave a Reply