Informasi Permainan Video Terkini
HP Melancarkan Kejohanan PUBG Challenger Series Buat Asia Tenggara Dan Jepun

HP Melancarkan Kejohanan PUBG Challenger Series Buat Asia Tenggara Dan Jepun

Diterbitkan pada Ogos 27, 2018 oleh .

Dengan kerjasama Intel dan PUBG Corp, HP hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kejohanan PUBG Challenger Series buat peringkat Asia Tenggara dan Jepun.

Bersempena dengan pelancaran produk komputer riba terbaru OMEN, HP berharap untuk membawa pemain seluruh Asia Tenggara untuk bertanding dan menyertai kejohanan tersebut yang mana mereka akan berpeluang untuk memenangi kumpulan hadiah bernilai $50,000(~RM205,000).

Kejohanan tersebut terbuka untuk kesemua pemain di seluruh Asia Tenggara dimana mereka juga berpeluang untuk bertanding dengan menggunakan komputer riba terbaru oleh OMEN by HP. HP juga menjangka akan terdapat lebih dari 3000 pemain akan berdaftar untuk menyertai kejohanan tersebut.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendaftar di laman rasmi OMEN dibawah dimana pusingan kelayakkan pasukan akan bermula pada 14 September ini dan sebanyak 80 pasukan akan bertanding setiap negara.

Pusingan akhir pula akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada November ini dengan hanya 40 pasukan sahaja akan terpilih selepas pusingan kelayakkan.

Menariknya juga, bagi anda yang ingin menyaksikan acara tersebut secara langsung di Thailand, bermula 3 September sehingga 3 Oktober ini, anda berpeluang untuk memenangi tiket ke kejohanan OMEN Challenger Series dengan setiap pembelian produk OMEN by HP.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai kejohana PUBG ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai bersama-sama dengan mewakilkan negara untuk kejohanan tersebut.

Daftar : Kejohanan PUBG Challenger Series


TIPS & ULASAN