Final Fantasy: Brave Exvius adalah permua RPG Final Fantasy oleh Sqaure Enix. Kini, untuk tempoh terhad watak-watak dari Deus Ex: Mankind Divide boleh dimainkan dalam permua ini.
Dalam tempoh yang terhad ini, pemain boleh menyertai pasukan elit Task Force 29 untuk menumpaskan bos yang menakutkan – Mechanical Orge. Pemain turut akan menerima ganjaran jika bos ini berjaya ditumpaskan. Selain itu, Viktor Marchenko iaitu ahli dari Augmented Rights Coalition akan menguji pemain untuk menerima ganjaran tambahan.
Watak-watak seperti Adam Jensen, Viktor Marchenko, Vaclav Koller, dan Frank Pritchard boleh diseru untuk menyertai pasukan pemain.
Final Fantasy: Brave Exvius adalah percuma untuk dimainkan dengan kebolehan membuat pembayaran-dalam-aplikasi untuk membeli, menambah atau menaik taraf pelbagai perkara.
[download] Muat Turun Final Fantasy: Brave Exvius Di Google Play Store [/download] [download] Muat Turun Final Fantasy: Brave Exvius Di Apple Play Store [/download]