Informasi Permainan Video Terkini
Inky Pen – Aplikasi Membaca Komik Buat Konsol Switch

Inky Pen – Aplikasi Membaca Komik Buat Konsol Switch

Diterbitkan pada Ogos 27, 2018 oleh .

Nintendo Switch merupakan konsol hibrid yang semakin menjadi tarikan ramai peminat permainan video dengan bentuk konsolnya yang boleh dimainkan secara mudah-alih dan juga di kaca TV.

Kini, InkyPen bakal membawa sesuatu yang baru buat konsol tersebut iaitu aplikasi khas untuk membaca komik di konsol Switch.

Melalui aplikasi Inky Pen, pengguna berupaya untuk membaca sebilangan komik, manga oleh pelbagai pengeluar dengan menggunakan konsol Switch. Menurut Inky Pen, aplikasi tersebut akan dilancarkan dengan hanya harga $7.99(~RM33) sebulan, pengguna akan mendapat akses untuk membaca komik melalui aplikasi tersebut.

Menariknya juga, pengguna juga berupaya untuk membacanya secara mudah-alih ataupun melalui TV, seperti permainan-permainan yang dikeluarkan di Switch.

Buat masa ini, senarai komik yang bakal tiba buat aplikasi tersebut masih belum diumumkan. Namun menurut laporan Gizmodo, komik keluaran Valiant, IDW, Dynamite Entertainment dan sebagainya akan tiba secara bersama apabila ia dilancarkan.

Bagi peminat komik diluar sana, aplikasi ini akan tiba di Nintendo eShop pada November ini.


TIPS & ULASAN