Skip to main content

Awal tahun ini, Deck13 dan Focus Home Interactive mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan seterusnya buat siri The Surge, iaitu The Surge 2 pada tahun 2019 ini.

Kini, bersempena dengan acara Gamescom 2018 yang berlangsung minggu ini, mereka mempertontonkan trailer terbaru bentuk permainan tersebut bersama-sama informasi lanjut berkenaannya.

Kali ini, permainan aksi RPG tersebut meletakkan pemain di kawasan baru ditengah bandar raya dimana pemain bakal bertempur dengan pelbagai jenis musuh yang pasti akan menjadi satu cabaran buat pemain.

Seperti permainan The Surge sebelum ini, bentuk pertempuran The Surge 2 masih lagi mengekalkan konsep sasaran sendi bersama-sama dengan kemajuan watak yang mendalam.

Selain itu, dengan enjin permainan FLEDGE engine yang ditingkatkan, Deck 13 kini berupaya untuk menghasilkan kawasan permainan yang lebih meluas dan pada masa yang sama bentuk pertempuran yang lebih taktikal dan ganas.

Deck 13 juga menjanjikan pelbagai jenis senjata, kelengkapan bakal tiba buat permainan tersebut bersama-sama dengan pelbagai jenis musuh dan ketua musuh baru.

The Surge 2 dirancang untuk dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC pada tahun 2019 ini.

Leave a Reply