Skip to main content

Dengan tibanya permainan percuma seperti Paladins, Fortnite dan juga baru-baru ini Arena Of Valor buat konsol Switch, mesti terdapat ramai yang tertanya-tanya adakah pemain perlu melanggan fungsi Nintendo Switch Online untuk mengakses mod multi-pemain yang terdapat di permainan tersebut apabila ia dilancarkan kelak September ini.

Kini, melalui laporan oleh Nintendo Life, pengeluar permainan Arena Of Valor iaitu Tencent menyatakan bahawa permainan tersebut tidak memerlukan langganan Nintendo Switch Online untuk bermain. Sekaligus, ini juga bermakna permainan percuma lain seperti Fortnite dan Paladins juga tidak memerlukan langganan tersebut untuk dimainkan secara atas-talian.

Namun, permainan berbayar seperti Pokemon Let’s Go sememangnya memerlukan langganan tersebut untuk mengakses permainan secara atas-talian.

Walaupun begitu, pihak Nintendo masih belum memberi sebarang kenyataan buat perkara ini, dan ianya mungkin berubah pada masa akan datang. Namun, kami percaya memadangkan harga langganan tersebut tidaklah begitu mahal seperti Xbox Live Gold mahupun Playstation Plus, kami percaya ianya tidak akan memberi kesan yang begitu negatif buat konsol tersebut.

Leave a Reply