Dengan semakin berkembangnya permainan Fortnite bersama-sama dengan pelancarannya di peranti Android, Epic Games kini mengambil langkah untuk memastikan akaun pemain terjamin dengan cara menggunakan pengesahan dwi-faktor.

Melalui pengesahan dwi-faktor tersebut, setelah pemain log masuk menggunakan kata laluan di akaun Fortnite, pemain juga perlu log masuk melalui pautan yang diemelkan di emel pemain.

Ini bukan sahaja memberi keselamatan akaun yang lebih kukuh, malah ia memerlukan pemain untuk mengesahkan akaun pemain secara dua kali, sekaligus mengurangkan risiko untuk akaun pemain digodam dan sebagainya.

Menariknya, untuk menggalakkan pemain menggunakan pengesahan dwi-faktor tersebut, Epic Games juga akan menyertakan Emote menari khas buat pengguna yang mengaktifkan pengesahan tersebut.

Dengan berkembangnya permainan ini di pelbagai jenis platform termasuk peranti pintar, ianya pasti mempunyai pelbagai risiko untuk akaun anda digodam dan disalah gunakan. Bagi anda yang sering bermain Fortnite, pastikan anda mengaktifkan pengesahan ini.

Bagi anda yang masih belum bermain, Epic Games dan Sony juga baru-baru ini mengumumkan berkas Playstation 4 bersama Fortnite yang mana ia menyertakan sebilangan kandungan tambahan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke pautan dibawah.

Berkas Fortnite Untuk PlayStation 4 Akan Dipasarkan Pada 27 Ogos 2018 Di Malaysia – Berharga RM1,272.64

Sohor Kini