Informasi Permainan Video Terkini
Bentuk Pertempuran Marvel’s Spider-Man Dipertontonkan – Memperlihatkan Pelbagai Jenis Gajet Dan Kostum

Bentuk Pertempuran Marvel’s Spider-Man Dipertontonkan – Memperlihatkan Pelbagai Jenis Gajet Dan Kostum

Diterbitkan pada Ogos 24, 2018 oleh .

Insomniac Games minggu ini mempertontonkan video terbaru buat permainan Marvel’s Spider-Man. Melaluinya, mereka mempertontonkan sebilangan bentuk pertempuran buat permainan tersebut bersama-sama dengan pelbagai gajet yang bakal pemain gunakan sepanjang sesi permainan.

Antara gajet yang diperlihatkan adalah bom web yang pemain boleh gunakan untuk melumpuhkan musuh. Selain itu, Insomniac Games juga memperlihatkan fungsi serangan baru buat kostum Spider-Punk yang diumumkan sebelum ini.

Marvel’s Spider-Man merupakan permainan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Insomniac Games untuk Playstation 4 secara eksklusif dan ia akan dilancarkan pada 7 September 2018 ini.

Bagi anda yang berminat, ianya kini boleh dipra-tempah melalui pengedar rasmi Playstation dan kedai atas-talian Playstation Store bermula dengan harga RM199. Sebelum ini, Sony juga mengumumkan edisi berkas bersama Playstation 4 juga bakal dilancarkan bersama.

Kami juga sebelum ini telah membuat pandang pertama permainan tersebut dimana anda boleh membacanya di pautan di bawah.


TIPS & ULASAN