Mac lepas, Nintendo mengumumkan bahawa mereka akan membawa semula permainan klasik Luigi’s Mansion di konsol Nintendo 3DS ketika acara Nintendo Direct.

Kini, mereka akhirnya berkongsi tarikh pelancaran buat permainan tersebut iaitu pada 12 Oktober ini khas di Nintendo 3DS.

Luigi’s Mansion merupakan permainan yang dilancarkan di konsol Nintendo GameCube pada 2001 lepas. Kini permainan tersebut akan dilancarkan semula dengan sebilangan pernambah-baikkan dari segi visual dan bentuk permainan di konsol mudah-alih Nintendo 3DS.

Melalui versi 3DS ini, Nintendo juga menyertakan kandungan baru dimana pemain berupaya untuk bertempur semula dengan ketua-ketua musuh melalui mod galeri pertempuran yang baru.

Luigi’s Mansion memfokuskan watak Luigi dimana beliau mengembara di dalam rumah yang besar untuk mencari Mario yang terperangkap di dalam rumah tersebut. Ini merupakan siri permainan Luigi’s Mansion yang pertama dimana sekuel bagi permainan tersebut, Luigi Mansion: Dark Moon telah dilancarkan di 3DS pada 2013.

Bagi anda yang berminat untuk mengembara bersama Luigi di dalam dunia seram ini, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkannya pada Oktober kelak.

Sohor Kini