Sebelum ini Microsoft mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan DLC Forsaken Shores buat permainan Sea Of Thieves pada bulan September ini, dan kini, tarikh pelancarannya akhirnya diumumkan iaitu pada 19 September ini.

DLC terebut akan bertempatkan di kawasan Devil’s Road dimana ianya merupakan kawasan gunung berapi. Melaluinya, pemain akan mengembara di kawasan yang mempunyai pelbagai batu-bata bersama-sama dengan lava yang jatuh dari langit.

Untuk memberi cabaran yang lebih, segala lautan berhampiran kawasan tersebut juga akan mempunyai haba yang tinggi sekaligus pemain tidak berupaya untuk berenang. Untuk membawa kesemua harta karun yang pemain dapat, pemain perlu menggunakan bot kecil dan mendayung dari pantai ke bot pemain.

Selain itu, terdapat juga misi baru yang dinamakan Cargo Runs dimana pemain perlu membawa sebilangan kargo yang berbeza ke kawasan yang berbeza. Setiap kejayaan misi tersebut akan membuahkan hasil ganjaran berdasarkan keadaan kargo apabilanya selesai dihantarkan.

Sea Of Thieves adalah permainan pengembaraan dunia terbuka perkongsian dimana pemain akan mengawal sebagai seorang lanun. Pemain dan 3 lagi rakan lain, berupaya untuk memburu harta karun, berperang dengan lanun lain dan mengembara di dalam dunia terbuka tersebut sebagai lanun yang berlayar bersama kapal. Ianya merupakan permainan esklusif untuk Xbox One dan PC.

Sohor Kini