Informasi Permainan Video Terkini
Alat Kawalan Jauh ‘Cloud Remote’ Diumumkan Buat Konsol Playstation 4

Alat Kawalan Jauh ‘Cloud Remote’ Diumumkan Buat Konsol Playstation 4

Diterbitkan pada Ogos 24, 2018 oleh .

Bagi anda yang sering menggunakan konsol Playstation 4 anda sebagai mesin Netflix ataupun sebarang aplikasi penstriman lain, Sony kini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan alat kawalan jauh khas untuk konsol tersebut.

Melalui alat kawalan jauh ‘Cloud Remote’ tersebut, pengguna berupaya untuk menggunakannya untuk melayari kandungan Netflix, mahupun kandungan-kandungan youtube dengan lebih mudah tanpa perlu menggunakan alat kawalan Dualshock 4 yang memerlukan dua belah tangan untuk mengendalinya.

Menariknya, alat kawalan jauh tersebut juga boleh diprogramkan untuk menyenangkan lagi pengguna bersama-sama dengan fungsi mengubah kekuatan bunyi, kawalan yang lebih mudah untuk sebelah tangan bersama-sama dengan butang kawalan yang terdapat di Dualshock 4 seperti butang ‘Option’ dan ‘Share’. Ia juga mempunyai menyambungan secara Bluetooth.

Namun, buat masa ini alat kawalan jauh ini masih belum diumumkan buat pasaran Malaysia dan ianya hanya boleh dipra-tempah melalui laman rasmi PDP sahaja. Bagi anda yang berminat, ianya akan dijual dengan harga $29.99(~RM124) dan bakal tiba pada September ini.


TIPS & ULASAN