Sebelum ini, kami berkongsi yang mana permainan Overkill’s The Walking Dead akan tiba pada November ini di konsol dan juga PC.

Namun kini, Digital Bros mengumumkan bahawa versi konsol, iaitu Playstation 4 dan Xbox One buat permainan tersebut akan ditunda sehingga 6 Februari 2019 ini. Menurut mereka, versi PC buat permainan tersebut masih lagi akan dilancarkan pada November ini.

Buat masa ini, mereka tidak berkongsi sebarang sebab kenapa ianya ditunda, namun kami percaya dengan pelbagai permainan yang bakal tiba tahun ini, mungkin mereka ingin melancarkannya di tarikh yang lebih sesuai buat pemain di konsol.

Walaupun begitu, bagi anda yang tidak sabar untuk bermainnya, anda masih lagi boleh bermainnya pada November ini di PC sahaja.

Overkill’s The Walking Dead akan meletakkan pemain di dalam dunia zombi yang berdasarkan grafik novel Robert Kirkman. Permainan ini memfokuskan empat multi-pemain penembak pandang pertama yang bertempatkan di Washington DC. Ianya bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox One pada Februari 2019 kelak. Manakala versi PC pula pada November ini.

Sohor Kini