Tahun lepas, HP melancarkan sebilangan produk baru buat siri OMEN by HP iaitu jenama laptop HP yang memfokuskan permainan video dimana ketika pelancarannya, terdapat pelbagai penggalak permainan tiba untuk mencuba produk terbaru mereka tersebut.
Melaluinya terdapat sebilangan laptop dan juga desktop berkuasa tinggi yang tiba di pasaran Malaysia seperti Omen by HP Desktop yang hadir bersama kad grafik AMD Radeon RX580 ataupun kad grafik NVIDIA dari NVIDIA GTX 1050 sehinggalah GTX 1080Ti dalam konfigurasi SLI.
Kami sendiri di Aksiz amat mengagumi rekaan OMEN by HP tersebut dimana saya sendiri adalah pengguna laptop OMEN 17 yang mempunyai pemprosesan generasi ketujuh Intel Kaby Lake bersama kad grafik Nvidia GTX1050. Tambahan dengan rekaan ‘konsep’ jet pejuang, ianya sememangnya antara laptop permainan video yang menjadi pilihan kami.
Selain daripada pelancaran produk, mereka juga melancarkan bersama-sama dengan kejohanan e-sukan Dota 2 yang berlangsung pada Ogos 2017 lepas dengan hadiah bernilai lebih dari RM20,000.
Terkini, OMEN by HP tampaknya akan melancarkan produk terbaru mereka pada minggu hadapan yang pasti akan membuat para pemain permainan video tidak sabar untuk mencuba produk terbaru mereka tersebut.
Sempenanya pelancarannya, OMEN by HP akan mengadakan acara peminat khas yang akan berlangsung pada 27 Ogos pada jam 8 hingga 10 malam ini di Orange Atrium, Sunway Pyramid, Petaling Jaya dimana anda berpeluang untuk berjumpa dengan pelbagai penggalak permainan seperti Reuben Kang, Mu’adz, Aisaka Miharu, Kambing Golek, WDP dan CortX.
Menariknya, bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk terbaru mereka, anda boleh membuat pra-tempahan ketika acara tersebut dan HP akan menyediakan sebilangan barangan esklusif yang dinilai sehingga RM1,300 seperti kod Steam Wallet, aksesori komputer dari HP dan juga kerusi khas permainan video.
Bagi anda yang berminat untuk menyertai acara tersebut, anda boleh ke laman acara Facebook di bawah untuk menempah tempat anda di sana. Anda juga boleh mendaftar dengan mengisi borang Google yang disediakan.
Jangan lepaskan peluang anda untuk berada di Sunway Pyramid minggu hadapan untuk menyaksikan produk-produk terbaru buat OMEN by HP dan berpeluang untuk berjumpa sebilangan penggalak permainan.
[info] Pautan Acara Facebook : OMEN by HP [/info] [info] Pra-Pendaftaran : OMEN by HP [/info]