Informasi Permainan Video Terkini
CD Projekt Mengambil Alih Syarikat Pembangunan Permua Spokko

CD Projekt Mengambil Alih Syarikat Pembangunan Permua Spokko

Diterbitkan pada Ogos 23, 2018 oleh .

CD Projekt iaitu pemilik untuk CD Projekt Red yang membangunkan siri permainan The Witcher dan permainan akan datang Cyberpunk 2077 dilaporkan kini menjadi pemilik utama syarikat pembangunan permua dari Poland iaitu Spokko.

President CD Projekt Adam Kiciński mengatakan mereka sudah beberapa tahun bekerjasama dengan Spokko. Spokko telah mencadangkan satu idea yang menarik berdasarkan jenama mereka dan mereka mengambil keputusan untuk melabur dalam idea tersebut.

Tambah beliau lagi, studio baharu tersebut akan beroperasi secara bebas dan akan diberikan sepenuhnya kawalan kreatif yang merupakan sesuatu kebiasaan di dalam CD Projekt.

Buat masa ini tiada pengesahan jika projek permua baharu akan berdasarkan permainan The Witcher ataupun Cyberpunk 2077, namun, kemungkinan besar adalah permainan kad GWENT versi permua.


TIPS & ULASAN