Skip to main content

For Honor merupakan permainan multi-pemain aksi berdasarkan adiwira yang dibangunkan oleh Ubisoft. Ia diterbitkan sejak tahun 2017 lagi akan tetapi ia terus diberi penambahan kandungan.

Pada Mac lepas, Ubisoft mengumumkan For Honor Started Edition yang merupakan edisi lebih murah. Melalui edisi ini pemain akan mendapat kesemua mod multi-pemain dan penceritaan akan tetapi hanya mendapat 6 watak daripada 12 watak untuk permainan penuh. Dari 6 watak ini, 3 akan terus boleh digunakan manakala 3 lagi harus dinyahkunci menggunakan 8000 Steel untuk setiap satu watak.

Bermula hari ini sehingga 28 Ogos 2018, pemain boleh mendapatkan edisi ini secara percuma. Jika anda tidak memiliki For Honor tetapi ingin mencubanya, ini adalah peluang anda untuk mendapatkannya secara percuma.

Bersama dengan tawaran percuma ini, For Honor Standard Edition juga ditawarkan dengan lebih murah iaitu RM52.25.

[download]Steam: For Honor[/download]

Leave a Reply