Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Mengumumkan Berkas Dark Souls Trilogy – Bakal Tiba Oktober Ini

Bandai Namco Mengumumkan Berkas Dark Souls Trilogy – Bakal Tiba Oktober Ini

Diterbitkan pada Ogos 22, 2018 oleh .

Hari ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan berkas permainan Dark Souls, yang mana ia akan menyertakan ketiga-tiga siri Dark Souls sebelum ini.

Dark Souls Trilogy akan menyertakan Dark Souls Remastered, Dark Souls 2: Scholar Of The First Sin dan Dark Souls 3: The Fire Fades Edition yang mana ketiga-tiga permainan tersebut juga akan disertakan segala DLC pernambahan yang pernah dilancarkan sebelum ini untuk permainan tersebut. Menariknya juga, Bandai Namco juga akan melancarkan edisi bekas besi khas buat permainan tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan berkas trilogi ini, ia akan dilancarkan pada 19 Oktober ini khas di konsol Playstation 4 dan Xbox One.


TIPS & ULASAN