Informasi Permainan Video Terkini
Devil May Cry 5 Bakal Tiba Mac 2019 – Bentuk Permainan Baru Dipertontonkan
PC

Devil May Cry 5 Bakal Tiba Mac 2019 – Bentuk Permainan Baru Dipertontonkan

Diterbitkan pada Ogos 22, 2018 oleh .

Devil May Cry 5 iaitu permainan kesinambungan untuk siri Devil May Cry yang diumumkan E3 2018 lepas kini akhirnya mendapat tarikh pelancarannya sempena acara Gamescom 2018 yang berlangsung minggu ini.

Melaluinya, Capcom menyatakan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan pada 8 Mac 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Trailer tersebut juga mempertontonkan sebilangan bentuk permainan yang menarik seperti lengan baru Nero, iaitu Devil Breaker dimana terdapat pelbagai jenis serangan yang boleh dilakukan oleh beliau.

Menariknya juga, pada penghujung trailer tersebut, Capcom juga memaparkan watak Dante dimana beliau berupaya untuk menggunakan motosikalnya menjadi satu senjata.

Selain itu, IGN juga berkongsi video khas bentuk permainan buat Devil May Cry 5 yang mana ia memaparkan sebahagian daripada kandungan permainan termasuklah pertempuran bersama ketua musuh.

Berdasarkan video yang dipertontonkan, ia kelihatan permainan tersebut juga mempunyai bentuk permainan dimana setiap kombinasi serangan yang dilakukan oleh pemain akan memberi kesan terhadap muzik latar permainan. Melaluinya, jika pemain mendapat kombinasi serangan gred S, muzik latar permainan tersebut akan dimainkan dengan lebih kuat dan menarik.

Sememangnya ini adalah permainan Devil May Cry yang dinanti-nantikan oleh peminat dan kami sendiri di Aksiz amat berpuas hati dengan bentuk permainan yang dipertontonkan. Seperti biasa, kami akan berkongsi sebarang informasi lanjut menjelang acara Gamescom 2018 ini.

Bagi anda yang menanti untuk mendapatkan permainan ini, ianya bakal tiba pada 8 Mac 2019 kelak.


TIPS & ULASAN