Arena of Valor Untuk Switch Akan Tiba Pada Bulan September 2018

Arena of Valor menawarkan bentuk permainan MOBA yang menghubungkan 5-lawan-5, dimana pengguna boleh memilih adiwira dengan kelebihan tertentu dan bersaing dengan pihak lawan.

Ia merupakan satu permua yang sangat popular dan Tencent yang pertama kali mengumumkan versi Switch untuk permainan ini pada Oktober tahun lepas akhirnya mengumumkan ia akan dikeluarkan pada bulan September melalui video trailer baharu.

Sebelum ini, Tencent sudah melakukan beta tertutup untuk permainan ini yang bermula pada 28 Jun sehingga 12 Julai lepas. Tampaknya kini mereka sudah bersedia untuk mengeluarkan permainan tersebut sepenuhnya.

Namun, tiada tarikh tetap yang dinyatakan. Kami menjangkakan ia akan diumumkan ketika acara Nintendo Direct yang kemungkinan dilakukan pada bulan September ini.

Sohor Kini