Informasi Permainan Video Terkini
Ace Combat 7: Skies Unknown Bakal Tiba Pada 18 Januari 2019 Untuk PlayStation 4 dan Xbox One
PC

Ace Combat 7: Skies Unknown Bakal Tiba Pada 18 Januari 2019 Untuk PlayStation 4 dan Xbox One

Diterbitkan pada Ogos 21, 2018 oleh .

Ace Combat 7: Skies Unknown pertama kali diumumkan oleh Bandai Namco ketika Gamescom 2017 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Hari ini, setahun kemudian mereka akhirnya mengumumkan tarikh ia akan dikeluarkan.

Permainan ini bakal tiba pada 18 Januari 2019 untuk PlayStation 4 dan Xbox One. Manakala untuk PC pada 1 Februari 2019. Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga memperlihatkan trailer baharu yang memfokuskan kepada penceritaan.

Permainan ini akan membawa pemain kembali ke benua Usean daripada Ace Combat 3 dan Ace Combat 4 dan penceritaan adalah mengenai peperangan di benua tersebut.

Bagi anda yang tidak sabar untuk mencuba permainan ini, nampaknya anda perlu menunggu lebih lama seperti yang dijangkakan sebelum ini. Sama-samalah kita menunggu.


TIPS & ULASAN