Informasi Permainan Video Terkini
Grandia dan Grandia II Versi Ditambah-Baikkan Akan Tiba Untuk Switch

Grandia dan Grandia II Versi Ditambah-Baikkan Akan Tiba Untuk Switch

Diterbitkan pada Ogos 21, 2018 oleh .

Grandia merupakan permainan JRPG yang dibangunkan oleh Game Arts dan dikeluarkan untuk Sega Saturn pada tahun 1997 sebelum turut dikeluarkan untuk PlayStation 2 tahun kemudian.

Manakala, Grandia II iaitu sekuel kepada Grandia dikeluarkan pada tahun 2000 untuk Dreamcast sebelum turut hadir ke PlayStation 2 dan PC pada tahun 2002.

Kini, melalui pengumuman oleh GungHo Online, mereka akan menerbitkan kedua-dua permainan tersebut untuk Switch dan ia merupakan versi yang ditambah-baikkan.

Selain itu, mereka juga mengumumkan Grandia versi ditambah-baikkan ini akan turut dikeluarkan untuk PC. Setakat ini mereka tidak mengumumkan tarikh pengeluaran, namun dijangkakan pada akhir tahun ini. Dengan pengumuman ini, kami berharap Grandia III juga akan dibawa ke Switch dan PC.


TIPS & ULASAN