[Kemaskini]
Square Enix dan DONTNOD turut berkongsi video trailer permainan selama 20 minit yang berdasarkan pemerhatian kami, ia menjawab persoalan mengenai siapa yang mempunyai kuasa iaitu adik kepada Sean, Daniel.
Video ini juga memperlihatkan peringkat awal permainan yang menunjukkan bagaimana kejadian di dalam video acah dan trailer terbaru terjadi.
[Artikel asal]
Square Enix dan DONTNOD sebelum ini mengumumkan Life is Strange 2 iaitu permainan sambungan kepada Life is Strange dan akan dikeluarkan bermula September ini untuk episod pertama.
Pada awal bulan ini mereka mempertontonkan trailer acah yang hanya memperlihatkan adegan dari dashcam kereta Polis yang kemudiannya bagaikan ditolak oleh satu kuasa.
Hari ini, mereka berkongsi trailer terbaru untuk Life is Strange 2. Selain memperkenalkan watak utama permainan ini iaitu Sean Diaz dan adiknya Daniel Diaz.
Menariknya, trailer terbaru ini memperlihatkan kejadian berlaku di trailer acah tetapi dari pandangan berbeza. Berdasarkan trailer terbaru ini kami boleh katakan kuasa yang digunakan dalam permainan ini adalah telekinesis akan tetapi tidak pasti jika Sean ataupun Daniel yang mempunyai kuasa tersebut.
Penceritaan akan memfokuskan kepada pengembaraan Sean dan Daniel melarikan diri selepas kejadian kuasa tersebut.
Life Is Strange 2 akan dilancarkan untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC dan episod pertama permainan tersebut akan dilancarkan pada 27 September 2018 ini.