Sekiro: Shadows Die Twice adalah permainan yang diumumkan ketika E3 2018 lepas yang mana ia merupakan permainan yang dibangunkan oleh From Software, iaitu pembangun untuk siri Dark Souls dan juga Bloodborne.

Kini, ketika acara Playstation Experience (PSX SEA) 2018 di Bangkok, Thailand, saya berkesempatan untuk menonton trailer terbaru permainan tersebut yang mana ianya esklusif di acara tersebut. Namun, dukacitanya, trailer tersebut masih belum berada di di atas maya. Walaubagaimana pun, kami akan kongsikannya jika Activision melancarkannya.

Trailer yang dipertontonkan oleh kami di PSX SEA 2018 memaparkan sebilangan bentuk permainan yang agak menarik dan pada masa yang sama ia kelihatan sukar seperti permainan From Software yang lain.

Namun, apa yang menariknya kali ini adalah seperti tajuk permainan tersebut, iaitu ‘Bayangan mati dua kali’, permainan ini membenarkan watak Shinobi tersebut, hidup semula selepas ditewaskan secara serentak sebanyak dua kali.

Bagi anda yang pernah bermain siri Dark Souls sebelum ini, anda pasti sering kecewa mahupun mengamuk memandangkan setiap kali watak anda mati, anda perlu bermula dari kawasan penyimpanan terakhir permainan. Sekaligus ia memberi cabaran tinggi.

Namun, melalui Sekiro: Shadows Die Twice ini, permainan ini memberi peluang kepada pemain untuk menghidupkan semula watak pemain tersebut dan terus menyambung permainan dan bertempur dengan musuh-musuh yang pemain ditewaskan. Akan tetapi, fungsi ini hanya boleh digunakan dua kali sahaja.

Selain itu, trailer tersebut juga mempertontonkan sebilangan ketua musuh yang mana pasti memberi banyak cabaran buat pemain. Antara yang menarik minat saya adalah terdapat satu raksasa ular yang sangat besar dimana pemain perlu mengelak dan sembunyi.

Terdapat juga ketua musuh yang mana ia berupaya menghilangkan diri dan pemain perlu menjangkakan serangan musuh tersebut untuk mengelaknya.

Sekiro: Shadows Die Twice meletakkan pemain sebagai seorang pendekar Shinobi, yang mana pemain perlu menyelamatkan tuannya dan membalas dendam terhadap musuh-musuh. Melalui permainan ini, pemain akan bertempur dengan pelbagai jenis musuh dengan menggunakan pelbagai jenis senjata dimana tangan kiri Shinobi tersebut, berupaya untuk menukar dengan pelbagai jenis senjata kelengkapan seperti kapak ataupun tali yang diperlihatkan di trailer sebelum ini.

Menariknya juga, sempena acara Gamescom 2018 yang berlangsung minggu ini, Activision juga berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut iaitu pada 22 Mac 2019 ini.

Activision juga mengumumkan bahawa mereka juga akan melancarkan edisi Collector’s yang mana ia akan menyertakna permainan tersebut, edisi bekas besi, figura khas, peta permainan, syilling bersama muzik latar digital dan buku karya seni.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan Sekiro: Shadows Die Twice bermula Mac ini khas di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Sohor Kini